Tuesday, January 24, 2017

Spagetti Olio Oglio


No automatic alt text available.


BAHAN-BAHAN
1 paket spaghetti
100 gm udang (boleh letak sotong, atau apa2 seafood yg uolls suka
chilli flakes
2/3 cili kering - potong halus
3 ulas bawang putih - dadukan
daun parsli - cincang halus
sedikit minyak zaitun
garam secukup rasa
serbuk oregano
serbuk lada hitam (kasar)
sedikit serbuk lada putih
CARA-CARA
- Didihkan air, masukkan garam dan minyak. Kemudian rebus spagheti hingga lembut, toskan
- Kuali lain, panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga naik bau.
-Kemudian masukkan udang dan segala seafood yg uolls nak, masak hingga udang berubah warna
- masukkan cili kering dan sedikit chili flakes.. ikut la nk pedas mana.. Nak pedas letak lebih..
-Renjiskan serbuk oregano, serbuk lada hitam dan sedikit lada sulah. Perasakan dengan garam
-Masukkan spagheti dan gaul rata.
dah siap.. Tabur la sedikit chili flakes dan parsly atas tu...

SELAMAT MENCUBA

Coklat Cheese Lava Berhantu

No automatic alt text available.
BAHAN A :
1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor

BAHAN B:
2 biji telur Gred A

Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan

BAHAN C :
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan


CARA - CARA


Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab

* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.

Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.

Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..

Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.

Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar

Susun bekal aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak

Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna

Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese

KRIM CHEESE
250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )

Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul

COKLAT LELEH

250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella
1 sudu teh esen vanilla


Image may contain: food
Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya

Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )


Image may contain: food
Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.

Kek yang telah di potong di letakkan cheese
Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
Ratakan cheese di atasnya... 

Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair

Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit
Sedia di nikmati

SELAMAT MENCUBA